My Followers List

Rabu, 5 Oktober 2011

Gotong royong bersama ahli keluarga

              Koleksi gambar-gambar ini merupakan salah satu aktiviti C Zone Enterprise yang dimuatkan. Untuk pengetahuan pengunjung sekalian,salah satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi modal pengurusan syarikat C Zone Enterprise ini adalah menggunakan tenaga ahli keluarga C Zone Enterprise untuk menyelenggara/ bertukang kayu bagi menempatkan C Zone Enterprise dalam keadaan yang lebih selesa.Bersyukur kepada Allah kerana kami diberikan kelebihan untuk membuat semua ini.

Kesemua kelebihan ini diberikan oleh Allah SWT melalui didikan ayah kami sendiri.Tempat ini merupakan salah satu cawangan C Zone Enterprise yang akan beroperasi tidak lama lagi.Maknanya buat masa ini kami sudah ada 3 buah cawangan dan salah satunya berada di Kalabakan dan dua di FELDA Umas sendiri.Tempat syarikat C Zone Enterprise yang baru ini, berkemungkinan Perkhidmatannya akan selari pula dengan koperasi Belia FELDA Gugusan Umas Tawau Berhad,yang mana koperasi ini baru sahaja ditubuhkan dan insyaAllah C Zone Enterprise akan menganggotainya dan mempromosi koperasi ini melalui alam maya.

Koperasi ini dinamakan KOBELIF.untuk maklumat lanjut sila layari laman KOBELIF yang diterbitkan oleh C Zone Enterprise sendiri : http://kobelif.blogspot.com

Mudah-mudahan syarikat kami ini akan menjadi sesuatu platform yang berguna untuk masyarakat FELDA Umas.Tetapi kami yakin setiap perkara yang  kita bangunkan itu pasti ada cabarannya,apa yang kami dapat lakukan hanya berserah kepada yang ESA.Just redha jer.......









C ZONE ENTERPRISE SDN BHD
Untuk keterangan Lanjut : 014 8698470
http://czonez.blogspot.com

Tiada ulasan: