My Followers List

BORANG KURSUS KOMPUTER

copy + paste untuk mengambil borang untuk pendaftran anda

      Sebelum mengikutti kursus-kursus yang ditawarkan oleh syarikat C Zone Enterprise,pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu dan lengkapkan segala butiran yang dikendaki.Pemohon juga boleh memilih hari dan masa yang telah ditetapkan oleh syarikat ini.

Tempoh pembelajaran mengikut kepandaian  atau pun pemahaman setiap pelajar yang mengikuti kursus tersebut.Sekiranya pelajar  lambat untuk memahami apa yang mereka belajar,maka lambatlah kursus mereka habis.Sebagai pengetahuan kursus ini akan dilaksanakan 3 kali setiap minggu.Sekiranya ada masalah yang  tidak dapat di elakkan untuk menghadirikan diri,pelajar boleh menggantikan hari lain sebagai ganti cuti mereka.Namun demikian,pelajar haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada tenaga pegajar mereka.   Semasa mengikuti kursus ini C Zone Enterprise  juga menyediakan beberapa buah buku untuk pelajar mengulangkaji di rumah sebelum datang ke kelas komputer.Tujuannya untuk memudahkan pelajar dan tenaga pengajar berbincang tentang bab-bab yang tidak difahami.Hasilnya pelajar dapat memahami dengan lebih mudah dan cepat.
     Di samping itu,pemohon  akan dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 setiap kursus yang dipilih.Pemohon juga boleh membayar secara deposit sebanyak RM50.00 sehingga tamat kursus.Sekiranya pemohon belum membayar habis walaupun telah tamat kursus,sijil tidak akan dikeluarkan serta merta.