My Followers List

Isnin, 12 September 2011

Pengenalan C-Zone Enterprise

C-Zone Enterprise ini merupakan salah satu platform usahawan anak muda FELDA Umas yang bertujuan bagi membantu warga FELDA Umas dengan memberikan kemudahan asas atau perkhidmatan yang penting untuk memenuhi kemudahan warga.




Untuk pengetahuan warga FELDA dan ahli blog ,C-Zone Enterprise  ini ditubuhkan pada tahun 2006,dimana ia merupakan satu-satunya kedai yang memberikan khidmat komputer dan sebagainya di FELDA Umas ini.




C-zone Enterprise ini mempunyai satu lagi cawangan iaitu di sebelah Kalabakan yang mana fungsinya adalah sama iaitu memberikan khidmat komputer dan lain-lain yang berkaitan.Pengurus bagi cyber cafe ini ada saudara Omar Bin Hanafiah dimana beliau merupakan anak jati FELDA Umas dan juga merupakan guru/pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas Tawau.




Beliau membangunkan cyber cafe ini bersama dengan isteri beliau dan ahli keluarga yang memberikan bantuan.Semoga dengan adanya khidmat C-Zone ini dapatlah sedikit sebanyak membantu warga FELDA Umas dalam memenuhi keperluan mereka.C-Zone Enterprise berharap agar warga FELDA Umas dapat mengunjungi cyber cafe C-Zone ini untuk menerima khidmat yang sedia ada.




Sebarang kekurangan mohon dimaafkan agar kita semua dapat menikmati kebaikan yang ada.

Tiada ulasan: