My Followers List

Rabu, 14 September 2011

PERKENALAN PERKAKASAN KOMPUTER

Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
  •  Komputer Sistem Asas
  • Komputer Sistem Multimedia
  • Komputer Internet Tersedia
Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda mudah. Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah.

  • Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.
  • Prosesor (Microprocessor atau CPU): Memproses data untuk keseluruhan sistem.
  • Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi.
  • Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.
  • Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.
  • Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.
  • Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.
  • Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.
  • Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.
  • Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.

CPU - Central Processing Unit
HDD - Harddisk drive
FDD - Floppy Disk drive
RAM - Random Access Memory


SISTEM MULTIMEDIA KOMPUTER

Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke. Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.

  • Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.
  • Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CD­ROM.
  • Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.
  • Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.

KOMPUTER INTERNET TERSEDIA

Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet. Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

  • Modem luar atau dalam: Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.
  • Akaun Tmnet atau laring : Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
  • Satu talian telefon untuk sambungan : Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.

Tiada ulasan: